De
Definisi Virus,Worm dan Trojan
- Virus
Mengapa programmer membuat virus?
Kebanyakkan virus yang dicipta adalah untuk memusnahkan komputer. Mereka (programmer) ini ingin menunjukkan betapa hebatnya ilmu pengetahuan meraka dalam programming ini. Tetapi ada sesetengah programmer mencipta virus untuk memusnahkan virus lain. Tetapi programmer or virus seperti ini amat jarang dijumpai. Dan ada juga jenis virus yang dapat mereplika (replicate) diri mereka sendiri.
- Worm
WormWorm atau cecacing merupakan salah satu jenis virus yang dapat replicate diri mereka sendiri pada jaringan computer (computer network). Mereka tidak perlukan program atau host unuk merebak. Worm ini tidak memerlukan program atau host seperti virus untuk merebak. Apabila worm ini replicate diri mereka sendiri, ini akan melambatkan kelajuan sistem network. Ramai yang salah anggap bahawa, virus adalah worm. Ini tidak benar. Worm adalah virus tetapi virus bukannya worm. Terdapat dua jenis worm, iaitu internet worm dan mass-mailing worm.
- Trojan
Trojan adalah satu program “pemusnah” yang tidak dapat replicate dirinya sendiri. Program ini dilihat seperti amat berguna tetapi sebenarnya tidak., biasanya dikatakan seperti “musuh dalam selimut”. Perkataan “Trojan” ini wujud dari satu mitos dari Greek. Pada masa peperangan dengan pihak Troy (Trojan), Greek telah meletak sebuah kuda kayu di luar pintu pagar kota Troy. Pihak Troy beranggapan bahawa Greek telah memberikan hadiah sebagai tanda kekalahan. Dan Troy membawa masuk kuda itu ke dalam kota mereka. Apabila malam menjelma, tentera-tentera Greek yang telah bersembunyi di dalam kuda itu keluar dan membuka pintu kota dan membolehkan tentera-tentera Greek masuk ke kota Troy dan menawan kota itu. Situasi ini samalah dengan program Trojan ini. Di mana, worm nampak seperti amat berguna dan menarik. Tetapi kemusnahan yang dibawa adalah lebih teruk. Anda boleh dijangkiti trojan apabila anda menerima atau mendownload program-program dari Instant Messenging, warez, email attachment dan lain-lain lagi. Untuk membuang program trojan ini amat mudah. Anda hanya perlu mendelete program itu sendiri.
Sumber:http://www.cypherhackz.net/archives/2005/06/30/virus-worm-trojan/
ITE Modul Offline
0 komentar:
Posting Komentar